Tuesday, September 4, 2012

Jangan Kahwin Wanita Negeri Sembilan

Assalamualaikum…

Hye Hye !! i'm back (berdiri atas kerusi,lambai-lambai tangan)..lama tak update blog..nasib baiklah aku masih ingat password..kalau tak, Bye Bye lah blog..Ok kembali ke Topik yang agak serius (sambil wat muke serius).. Penah dengar citer ade segelintir mak2 di Malaysia ni melarang anak terunanya beristerikan wanita yang berasal dari Negeri Sembilan? Y???! apa salah kami??! Sebagai seorang wanita yang berasal dari Negeri Sembilan…aku rase nak marah…nak ketawa pun ada bila memikirkan isu ni… Aku rase terpanggil nak menjelaskan kekeliruan ataupun kesalahfahaman orang2 yang bukan berasal dari Negeri Sembilan terhadap kami wanita2 Negeri Sembilan yang tidak berdosa ini…Weh aku bangga okey jadi anak negeri !

Ramai yang cakap susah kahwin dengan perempuan negeri ni, terutamanya kalau keluarga perempuan tu masih berpegang teguh dengan adat Perpatih. Antara perkara yang menjadi ketakutan atau igauan orang luar apabila anak mereka berkahwin dengan wanita Negeri Sembilan adalah apabila berlaku penceraian kerana mereka percaya apabila bercerai si suami akan dihalau keluar dari rumah isteri sehelai sepinggang...

Berikut adalah point2 yang aku sediakan untuk membidas tanggapan diatas:
 Keadaan dimana “si suami akan dihalau keluar dari rumah sehelai sepinggang” ini hanya relevan untuk LELAKI NEGERI SEMBILAN SAHAJA

* Ok macam ni..HARTA PUSAKA hanya layak diwarisi oleh ANAK PEREMPUAN ataupun lebih dikenali sebagai WARIS PUSAKA. Seperti yang kita tahu, orang perempuan lah yang mengandung, yang akan mengasuh anak-anak. Jadi, orang perempuan harus mempunyai jaminan hidup (tanah pusaka) supaya dapat mengasuh anak-anak dengan sempurna.tanpa ,menjual maruah diri..

* Bila kahwin, LELAKI akan berpindah ke rumah perempuan (tanah pusaka isteri). Jadi, bila bercerai, LELAKI yang akan keluar dari rumah itu dan kembali menjadi tanggungan ibu bapanya. Memang keluar sehelai sepinggang la..tanah tu tanah isteri.ko nak apsal ? lainlah tanah tu ko yang beli kan..Jadi, harta yang mungkin lelaki dapat hanyalah harta sepencarian.

* So, korang paham tak kenapa aku kata situasi “si suami akan dihalau keluar dari rumah sehelai sepinggang” tu relevan untuk LELAKI NEGERI SEMBILAN SAHAJA. Situasi ni sebenarnya skopnya hanya berkaitan dengan lelaki dan perempuan Negeri Sembilan. Korang orang luar ni bila terbaca kat buku mane2..terus buat andaian yang salah macam tu. Bendanya tak da apa pun..jadi tolonglah jangan besarkan isu yang korang sendiri tak paham ok.
* Kalo korang bukan lelaki Negeri Sembilan, ko mungkin ada harta yang mak ayah korang bagi. Jadi bila bercerai baliklah rumah keluarga korang..Lagipun..tak kesah la ko tu LELAKI YANG BERASAL DARI NEGERI SEMBILAN ATAU DARI PLANET PLUTO SEKALIPUN…ingat satu benda, kalo ko datang kosong…balik pun kosong la. Tak kan lah dah bercerai dengan isteri…tapi harta dia ko nak rembat sekali..malulah sikit.


**Ok Cukup..Korang dah faham kan ? kalau tak faham jugak , tak dapek den nak nolong eh..kepada makcik makcik diluar sana,janganlah takut bila anak teruna u all berkenan dengan wanita negeri sembilan..kiteorang ni tak jahatlah makcik**

Friday, June 22, 2012

BLOGERS by IPHONE

Assalamualaikum sahabat..
Lama rasanya CM x update blog..sorry ya..lappy CM meragam..CM update blog ni pun guna phone..nasib baiklah ade APP blogger untuk IPHONE..so,senang sikit tugas CM..hehe..amacam semua?sihat?Alhamdulillah..blog ni mungkin nampak bosan,sepi...maaf yer..CM akan cuba baiki kekurangan blog ni..love u guys !

Wednesday, April 18, 2012

Aku Dan Laut

Assalamualaikum guys ;)
masa taip entry ni,dalam kepala CM masih ingatkan laut..walaupun dah sebulan balik dari PULAU PERHENTIAN,tapi macam baru semalam CM kat sana..rindu giler kot kat pulau.mana taknye.bangun tido je nampak laut..pagi2 snorkeling..tengahari snorkeling..petang snorkeling..balik pulau memang 'bling-bling'..huhu...CM bukan selau bercuti,boleh dikira dengan jari..yang betol2 pulau CM pergi baru 3kai.first PULAU TIOMAN,2nd PULAU PERHENTIAN,3rd pun PULAU PERHENTIAN cuma beach berbeza..kali ni CM try private beach iaitu D'LAGOON..before this,CM stay kat LONG BEACH @ MOHSIN CHALET..Bestlah...Untunglah beach boy,dapat  bermanja dengan ombak..Tetiba rasa cam nak duduk sana..Tapi sanggup kah CM hidup tanpa KERETA,SHOPPING COMPLEX,..oh nooo ! u all memang best bro..sebelum ni memang CM ada dapat offer keje kat sana..ikutkan hati memang nak..sebab CM nak cuba hidup berdikari..tapi rasanya tak mungkin mak CM nak lepaskan anak bongsunye ni merantau ke tempat orang...so,sinilah tempat CM sampai bila-bila..sepang atau nilai..huh ! xde laut ok !

tidur atas buaian ditepi laut..
# CM suke suasana laut..bila stress cuba lari ke laut.mesti tenang..noktah !

Tidak Mudah Tapi Akan Terasa Indah

Assalamualaikum guys ! (jangan sambung baca selagi tak jawap salam okey)
Harini CM nak kongsi dengan u all beberapa perkara yang tidak mudah kita lakukan,Tapi kalau kita lakukan..indah sekali rasanya..okeyy jom sambung baca..luv u guys !

Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan teriris .
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari itu sebahagian dari kasih Ilahi Agar ALLAH memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita.

Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan terpuruk
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyadari bahwa ALLAH sedang menyapa dengan cintaNYA. Agar kita tumbuh besar dan kuat

Tidak MUDAH memberi ketika diri sendiri dalam kekurangan
Tapi akan terasa INDAH ketika kita bisa membahagiakan orang lain. Bukan membahagiakan diri sendiri.

Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan di hina
Tapi akan terasa INDAH kalau itu sebahagian dari penyucian diri. Dan ikhlas hanya mengharap redha Ilahi.

Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih berkubang didalamnya
Tapi akan terasa INDAH ketika menyadari itu adalah awal dari kesuksesan kita

Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan.
Tapi akan terasa INDAH ketika menyadari itulah jalan yang harus ditempuh. Untuk mengawali kebahagiaan yang akan diberikan ALLAH sebagai penggantinya

Tidak MUDAH menghilangkan duka karena kehilangan.
Tapi akan terasa INDAH ketika menyadari ..,Bahwa Tuhan telah meminjamkan kepada kita beberapa saat

Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera.
Tapi akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur . Dan menyadari itu bagian dari cara ALLAH menyayangi hambanya . Seperti ALLAH menyayangi para Nabi dan Rasul-NYA.

#Mudah untuk memaafkan,Tetapi tidak mudah melupakan & membuang bekas luka dihati.noktah !

Sunday, April 15, 2012

Berpisah tidak bermakna putus

Assalamualaikum...
wah wah wah banyaknye sawang...fuhh fuhhh masa untuk mencuci blog dengan entry baru...CM bukan menghilang atau merajuk dengan dunia maya tapi CM agak sibuk sebelum ni..dan sekarang kehidupan CM kembali normal...wah gitoo..ok kembali ke tajuk entry kita 'BERPISAH TIDAK BERMAKNA PUTUS'..mesti korang fikir tajuk ni berkait dengan hubungan cinta CM kan..no! no! no! ianya takde kena mengena dengan hubungan CM dgn mr love..kami okey & happy =).. tak nak cakap pasal mr love,nanti ade yang bosan..
CM nak cerita pasal sahabat..CM nak say sorry kat die sebab CM buat die rasa seolah2 tak dipeduli..padahal CM sangat peduli tentang dia..cuma salah faham telah menjadi perosak segalanya..jujur aje,memang CM busy..CM keje pagi balik lewat pagi..sampai tiada masa untuk luangkan dengan sahabat alam maya CM..sampaikan dia berfikir 'kalau CM betul2 busy,why CM boleh ade masa untuk BF'..oklah,CM terangkan..KEBETULAN,CM dengan BF duduk dekat..CM balik keje lewat pagi,die teman CM makan.itu masa yang kami luangkan bersama.cuma 1jam..CM tak 24jam berkepit dgn die.CM akui kami selalu jumpa,tapi hanya untuk makan bersama.kemudian CM balik rumah hanya untuk tidur & mandi,then pergi keje balik..itu rutin harian CM selama 2minggu before formula one..
CM minta maaf sangat2 kalau CM buat u all jauh hati..jujur,CM tak berniat..mengenai handphone..KEBETULAN,CM memang jarang gunakan hp & kurang suka mesej or sewaktu dgnnya..bukan CM tipu,tapi itu kenyataannya..CM dengan BF CM sendiri jarang berkomunikasi menggunakan hp.dan dengan kawan2 CM sendiri,CM jarang berhubung.siapa yang betol2 mengenali CM aje akan faham siapa 'CM'..memang susah nak call CM sebab CM tak pegang hp 24jam,dan sebarang no yang agak 'pelik' CM tak akan layan..itu CM..jadi korang fahamkan kenapa CM tak bermesej dengan korang..bukan CM kedekut atau berkira soal 'kredit'..sikit pun CM tak terfikir macam tu..apalah sangat RM0.10 sekali mesej..kan?kan?kan?
Dan KEBETULAN juga before F1 CM holiday selama seminggu di pulau perhentian..jadi jarang on FB..kalau ON pun guna HP,jadi banyak komen yang tak sempat CM baca atau balas..
Terlalu banyak KEBETULAN yang berlaku hingga meragut persahabatan kita.ketahuilah yang CM tak pernah berniat melebihkan BF CM dalam segala hal.kami ada kehidupan masing2..Dan CM tak pernah mengangung2kan BF CM melebihi segalanya..CM masih simpan separuh hati CM buat diri CM sendiri.Cuma CM mohon,DOAkan kami kekal hingga akhir hayat..AMIN....
Biarpun korang ambil keputusan untuk unfriend dgn CM,tapi itu tak bermakna kita putus sahabat selamanya..

# CM sayang sahabat CM seperti mana kalian menyayangi CM.noktah !

Saturday, January 21, 2012

sahabat alam maya tak boleh dipercayai??


Assalamualaikum semua...
Hari ini CM keluar dengan kawan CM..kami pergi makan-makan..terlalu banyak perkara yang kami bualkan,sampailah satu topik yang buat CM terdiam seketika..katanya 'sahabat alam maya ni tak boleh dipercayai'..betol ke??pada CM,dia silap.tak semua sahabat alam maya itu tak boleh dipercayai.masih ada antara mereka yang jujur dan ikhlas dalam persahabatan.yang penting kita harus menilai mereka sebaik mungkin.CM bukan sejenis orang yang suka membohongi dalam persahabatan kerana bagi diri CM kejujuran perlu ada didalam persahabatan dan teman adalah sebahagian dari kehidupan CM kerana CM menilai persahabatan itu dengan cara CM sendiri.
Jujur,adakalanya CM lebih rapat dengan sahabat alam maya daripada sahabat disekeliling CM.CM percaya tak mustahil sahabat alam maya akan menjadi sahabat CM di dunia realiti..Asalkan kami menjaga persahabatn ini dengan keikhlasan.
banyak sebab kenapa CM lebih memilih sahabat alam maya.ini kerana mereka lebih memahami CM dan mereka lebih bersikap 'low profile'..bukan CM tidak menghargai kehadiran sahabat CM didunia realiti,cuma adakalanya mereka terlalu mendesak.contohnya bila CM cakap CM tak boleh keluar sebab mak CM tak bagi keluar tengah malam,mereka seolah-olah tidak faham atau sengaja buat-buat tak faham dengan mengeluarkan ayat yang tanpa mereka sedar telah menyinggung perasaan CM..seperti "kau bawak jelah mak kau sekali pergi karaoke" "kau ni anak emaklah" "kau ni tak bercampur orang ke"...perkataan-perkataan seperti ini yang buat CM mula menjauh.CM cuma minta mereka faham situasi CM yang tinggal dengan Family..ya memang CM anak emak..dan sebab itu CM lebih memilih untuk jaga hati mak CM dari jaga hati kalian..
Sahabat alam maya banyak mengajar CM tentang Erti kehidupan..dan mereka sentiasa ada saat CM jatuh..biarpun hanya menggunakan alam maya,itu tidak menghalang untuk kami saling menyokong antara satu sama lain.dan sejujurnya kami makin dekat seperti sebuah keluarga.Terima Kasih kepada ALLAH yang menemukan kami..jadi kepada mereka yang menganggap sahabat alam maya tidak boleh dipercayai,anda harus belajar untuk lebih ikhlas.kerana sahabat sjati hanya akan ditemui bila hati kita ikhlas menerima....

BERSEDEKAHLAH ANDAI DIRI MAMPU

Assalamualaikum semua..
Pahala sedekah dibahagikan kepada empat jenis :

- Pertama, sedekah yang mendapat pahala sepuluh
- Kedua, sedekah yang mendapat pahala tujuh puluh
- Ketiga, sedekah yang mendapat pahala tujuh ratus
- Keempat, sedekah yang memperolehi pahala tujuh ribu

Sedekah pertama yang mendapat sepuluh pahala ialah pemberian makan kepada fakir miskin
Sedekah kedua yang mendapatkan pehala sampai tujuh puluh adalah sedekah yang diberikan kepada keluarga terdekat.
Sedekah ketiga yang mendapat pahala tujuh ratus ialah sedekah yang diberikan kepada kawan-kawan dan sahabat
Sedekah keempat sampai mendapat pahala tujuh ribu ialah sedekah yang diberikan kepada orang yang mencari ilmu.


Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Barangsiapa yang mempunyai harta maka bersedekahlah dengan kekayaannya, dan barangsiapa yang mempunyai ilmu maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barangsiapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya."

Rasulullah s.a.w. pula bersabda :

"Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh pintu kejahatan".